Gout ancaman Lelaki!
Assalamualaikum. Harini nak kongsi masalah yang sering dihadapai oleh Masyarakat kita, GOUT.
Penyakit gout seringkali banyak menyerang lelaki dan hanya menyerang kaum perempuan yang menopaus.
Apabila
penyakit gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat
sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah,
kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan
pengambilan ubat.
Tanda
– tanda penyakit gout biasanya sakit yang melampau dan mengejut
biasanya bermula pada satu sendi sahaja terutama pada ibu jari kaki.
Antara penyebab penyakit gout ini disebabkan oleh;
Umur
- Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes
membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita,
kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Obesiti - Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Merokok
- Akan menyebabkan kadar urik asid bertambah di dalam darah serta
mengurangkan pengaliran gas oksigen yang mencukupi untuk meneutralkan
darah.
Gaya Hidup - Seringkali menyerang lelaki yang mengamalkan pengambilan protein berlebihan dalam menu harian.
Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat
- Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal,
diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan
arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Gout
juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang.
Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama
individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Rawatan
awal utk pesakit gout adalah ubatan yg bersifat anti-imflammatory
seperti colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau
intraarticular glucocorticoids, di mana ia berfungsi untuk mengurangkan
keradangan sendi.
Rawatan
utama pesakit gout adalah sejenis dadah allopurinol (xanthine oxidase
inhibitor) di mana ia bertindak mengurangkan pengahasilan asid urik dan
meningkatkan pengeluaran asid urik melalui air kencing
Untuk
jangkamasa panjang pula, pesakit gout juga dinasihatkan utk
mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti
organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang, udang,
ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin. Pengambilan cecair yg
banyak seperti air kosong juga amatlah digalakkan dimana ianya dapat
mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan.
Pengambilan supplement semula jadi dari Shaklee boleh membantu menangani masalah GOUT.
Hubungi liza untuk khidmat nasihat PERCUMA!
I am Your Shaklee Independent Distributor!
0 ulasan:
Catat Ulasan