Welcome and Thank You for visiting Norlizapumiran.blogspot.com

Hi! I am Norliza, your Shaklee Independent Distributor from Pasir Gudang, Johor Bahru.

Delivery available throughout Malaysia (via poslaju)

Norliza Shaklee ID : 1105185 || erysliza@gmail.com || 0177573421 || FB : Siti Norliza 

thursday,21 january 2014


Herbal Blend Shaklee tanpa PARABEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah kembali menulis selepas kesihatan kembali pulih.
Hari ini liza nak SHARE info tentang Shaklee Herbal Blend

.


Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni?


1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Inilah tujuan asal saya membeli Herbal Blend. Jika orang dewasa yang kena gigitan serangga seperti nyamuk, mungkin masih boleh "stay calm" tetapi ia berbeza dengan kanak-kanak. Jadi liza beli herbal Blend ni untuk Keisha dan kami sekeluarga. Kadang tu, kalau outing kena gigit nyamuk, kadang kena gigit semut, bekas bintat tu akan beri sensasi rasa gatal pada kulit mereka. Baik sapu Herbal Blend ni. Ia tak panas dan bau nya sangat Wangi.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering sememangnya masalah liza sebab liza bekerja didalam suasa berhawa dingin. Tidur pon jika Keisha minta aircond, terpaksa juga ikut sama tidur dalam bilik sejuk. Berbanding Losyen dipasaran yang terlalu wangi, baik sapu herbal blend, memang puas hati. Lembut je tumit tu. :) Jom tengok Testimoni bergambar dari pengguna yang berpuas hati dengan kesan penggunaan Herbal Blend Shaklee.


3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh sapu :)

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang biasa bagi Ibu Menyusukan anak, apabila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat. Jadi, selepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi tidak perlu risau. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat. Kan liza dah maklumkan tiada PARABEN. Jom lihat senarai NO di Shaklee.



5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau demam campak, cuba sapukan herbal blend. In sha Allah parut akan pudar dan hilang.
6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan in sha Allah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu.



Alhamdulillah Ruam pada bahagian dada bayi Amni hilang selepas beberapa kali kegunaan Herbal Blend.


7. Sebagai Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.

Sebab Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chesnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Oleh sebab itu tentulah ia selamat secara semulajadi untuk semua peringkat umur kerana tiada kandungan bahan kimia berbahaya.
Jom dapatkan satu Herbal Blend Shaklee untuk rumah anda!



Love, 
norliza.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 1105185
0177573421 

friday,7 march 2014

16 Kebaikan vitamin Zink

Hari ini liza nak kongsikan Kelebihan Zink.
Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim? Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Jom baca 16 kelebihan zink.
  1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. READ : Bahaya Penggunaan Anti-acne cream
  2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  3. Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  5. Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  6. Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  7. Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  8. Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  9. Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  10. Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  11. Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  12. Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  13.  Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  14. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.
  15. Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  16. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Berapa banyak zinc yg anda perlukan? 
Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg
____________________________________________________________________

Anda berminat nak cuba suplemen zinc dari jenama Shaklee?

Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian) dan Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Love,
norliza.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 1105185
0177573421
erysliza@gmail.com

saturday,8 march 2014


Keistimewaan Alfalfa dan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum semua. 
Alhamdulillah dengan ruang masa yang diberikan Allah ini liza sempat menulis tentang Alfalfa.
Sambung semula tentang Alfalfa memandangkan minggu ini ramai betul yang beli Alfalfa daripada saya dan ramai yang bertanya. Alfalfa ni apa? Perempuan sahaja boleh makan ke? Tidak ye, ia sesuai diambil oleh lelaki dan wanita. Suami liza sendiri mengambil alfalfa dalam diet sehariannya. Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita

Apakah kebaikan Alfalfa?

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.

Apakah pula kebaikan Alfalfa Shaklee?

Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.

Love,
norliza
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 1105185
0177573421 
erysliza@gmail.com

Cara Atasi Masalah Keputihan Paling Mudah

Assalamualaikum semua.





Sebelum bercerita panjang, jom lah kita tengok testimoni pengguna yang mengamalkan alfalfa daripada Shaklee ;


Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.
Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.
Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.
Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. Boleh, kan?





Diet Sihat Cegah Keputihan

  • Keputihan akan terjadi apabila toksin terkumpul di dalam tubuh akibat dari diet yang tidak teratur dan tidak sihat
  • Kegagalan organ yang biasanya menghapuskan atau menyahtoksik seperti kulit,hati,paru paru dan buah pinggang akan mengakibatkan toksin tersebut mencari jalan keluar dari tubuh
  • maka terjadilah keputihan yang akan keluar melalui uterus dan mucous membrane yang dipanggil keputihan
  • Jika terdapat pengeluaran yang disertai nanah,berbau busuk,berwarna seperti krim(kekuningan),dan sedikit kehijauan ia boleh disifatkan sebagai kes yang perlu diberi perhatian dan memerlukan ubat serta rawatan untuk mengawal lelehan yang tidak diperlukan ini

Simptom Keputihan

  • simptomnya hanya sekadar lelehan keputihan yang berlendir, seolah berbuih,melekit berwarna serta berbau

Selain itu anda perlu berhati-hati dengan tanda tanda ini

  1. Mengalami masalah kegatalan pada faraj
  2. Tidak selesa apabila bersama suami
  3. Perlu memakai panti liner setiap hari
  4. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan ini mengganggu aktiviti harian mereka

Terdapat beberapa cara mencegah keputihan wanita. Antaranya

  1. Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.
  2. Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.
  3. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.
  4. Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.
  5. Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.
Namun begitu, andainya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila berjumpa dengan Dr anda.
Di Shaklee, untuk membantu atasi masalah keputihan, suplemen yang anda boleh ambil adalah ALFALFA.


Alfalfa Complex
- Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
 - Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi
 - Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
  • Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.
  • Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Love, 
norliza.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 1105185
0177573421 
erysliza@gmail.com

thursday,2 january 2014


Menangani Aduan Pelanggan

Hai semua. Permulaan tahun baru yang baik dan diharapkan anda semua semakin bersemangat mengejar harapan dan cita-cita anda.
Baiklah, hari ini liza ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Menangani Aduan Pelanggan. Aduan pelanggan merupakan suatu perkara yang biasa dalam perniagaan lebih-lebih lagi jika perniagaan itu baru sahaja dimulakan. liza suka mengajak anda untuk mengambil aduan sebagai salah satu perkara positif untuk menambah baik tahap perkhidmatan perniaagaan kita.
Sebagai seorang usahawan, adalah mustahil untuk anda memuaskan hati kesemua pelanggan anda. Sungguhpun ramai yang memberikan maklum balas positif untuk produk atau perkhidmatan anda, kemungkinan terdapat segelintir yang tidak berpuas hati. Mereka ini mungkin memohon refund jumlah wang yang dibayar kepada anda sebelum ini, ataupun membuat aduan tentang produk atau perkhidmatan anda.
Dalam situasi seperti ini, anda tidak boleh merasa tertekan atau emosional. Anda perlu bijak menanganai pelanggan seperti ini. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, besar kemungkinan perniagaan anda akan tercalar hanya kerana seorang pelanggan yang tidak gembira dengan anda.
Berikut disenaraikan beberapa tips menangani aduan pelanggan untuk meredakan emosi pelanggan yang memohon refund ataupun mengemukakan aduan kepada anda.

1. Ambil maklum berkenaan aduan

Perkara paling utama yang anda perlu buat adalah untuk mengambil maklum berkenaan aduan tersebut. Masalah itu tidak akan hilang sekiranya anda mengabaikannya atau melupakannya. Bahkan, sekiranya anda segera mengakui aduan tersebut, anda mungkin dapat menyelamatkan keadaan dan menukarkan pelanggan tadi menjadi hormat dengan respon positif anda. Mungkin juga dia akan menjadi pelanggan tetap anda untuk produk-produk lain selepas ini.
Mengakui aduan tersebut tidak semestinya bermaksud anda mengaku kesilapan di pihak anda (melainkan benar-benar telah berlaku kesilapan di pihak anda). Mengakui aduan bermaksud anda serius untuk menjalin hubungan niaga dengan pelanggan tadi, dan akan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalahnya.

2. Proaktif dan segera menangani aduan

 Anda perlu bersikap proaktif menyiasat dan menangani aduan yang dikemukakan tadi. Anda mungkin perlu bertanyakan diri sendiri adakah aduan ini sangat jarang diterima ataupun memang terdapat segelintir pelanggan yang mempunyai masalah yang sama.
Sekiranya terdapat beberapa aduan, mungkin ada kecacatan pada produk atau perkhidmatan anda yang perlu diperbaiki. Namun sekiranya aduan sedemikian amat jarang diterima, mungkin juga tiada masalah dengan produk atau perkhidmatan anda, sebaliknya ia tidak sesuai dengan keperluan pelanggan itu tadi. Lagi cepat anda lakukan siasatan tersebut dan memberi maklum balas kepada pelanggan, lagi cepat anda dapat meredakan emosi pelanggan tersebut.

3. Aduan adalah mesej amaran untuk penambah baikan

Aduan tadi tidak patut dilihat sebagai pemusnah kejayaan perniagaan anda. Sebaliknya anda perlu menghargai setiap maklum balas pelanggan kerana ia sebenarnya adalah mesej amaran secara halus untuk anda lakukan penambah baikan kepada produk atau perkhidmatan anda. Sudah tentu anda tidak dapat memuaskan hati kesemua pelanggan di luar sana, namun sesekali apa salahnya anda menambah baik produk dan perkhidmatan anda selagi mana ia tidak menjejaskan pelanggan-pelanggan anda yang lain.

4. Berikan gambaran produk yang tepat

Sudah tentu ini adalah salah satu tip untuk mengelak aduan pelanggan yang tidak munasabah. Tip ini mensarankan anda untuk memberikan gambaran produk yang tepat di dalam surat jualan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual barangan terpakai, sudah tentu anda wajib menyatakan perkara ini di dalam deskripsi jualan anda untuk mengelak sebarang salah faham oleh pelanggan anda di kemudian hari. Begitu juga sekiranya anda menjual produk makanan atau kesihatan yang mempunyai tarikh luput, sudah tentu anda perlu menyatakan tarikh luput ini di dalam deskripsi jualan anda kerana ia akan memberikan gambaran yang tepat mengenai produk jualan anda.

5. Sediakan garis panduan yang jelas

Seterusnya, anda juga perlu memastikan anda menyediakan garis panduan yang jelas untuk setiap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Sebagai contoh, anda memberikan jaminan kepuasan 100% dan jaminan refund 30 hari sekiranya tidak pelanggan tidak berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan anda. Sekiranya anda mempunyai garis panduan sebegini, anda wajib mematuhi garis panduan tersebut, dan menghormati keputusan pelanggan sekiranya mereka membuat aduan. Sekiranya perlu, gantikan pembeliannya dengan produk yang baru. Dan sekiranya perlu, berikan refund menurut permintaannya tanpa perlu banyak soal.

6. Berikan sahaja refund

Kadang-kadang anda akan mendapat pelanggan yang suka mengemukakan aduan atau ketidak puasan hati terhadap produk anda. Dan anda merasakan karenah pelanggan ini tidak berbaloi untuk anda tangani berpandukan tips yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pelanggan meminta diskaun yang tidak munasabah, atau meminta nilai tambah yang anda tidak masukkan di dalam produk jualan anda, atau kerap menghubungi anda untuk bertanya bagaimana menggunakan produk yang dibelinya walhal dia enggan merujuk kepada panduan penggunaan yang anda telah sertakan bersama-sama pembeliannya. Dalam situasi ini, eloklah anda berikan sahaja refund. Dia akan berhenti mengganggu anda, anda akan hilang satu masalah pelanggan, dan dapat fokus terhadap jualan berikutnya.
Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda dalam menangani pelanggan yang mempunyai masalah dengan produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan. Selamat maju jaya!


Kredit artikel Master Farah

 

monday,30 december 2013


Produk Shaklee SELAMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kembali lagi dengan Segmen Kenali Shaklee. Bukan apa, banyak sangat pertanyaan tentang Shaklee ni kan, jadi baik liza kenalkan lagi Shaklee yang telah lebih 50 tahun wujud ni.

Lambakan produk makanan tambahan sekarang mungkin membuatkan anda bimbang dan keliru untuk membuat pilihan. Begitu juga saya kerana mudah terpengaruh dengan iklan bombastik dan jaminan para pengedar. Tapi itu semua saya yang sebelum ini lah, tetapi selepas timbul kesedaran, syaz kembali makan Shaklee supplement dan terus daftar jadi pengedar.

Mengapa Shaklee menjadi jenama pilihan hati liza?


Sekilas fakta..dipetik dari http://www.shaklee.com.my/bm

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Fakta di atasdi petik dari laman web Shaklee. Sila baca dan layari. Banyak info menarik yang ada di sini...http://www.shaklee.com.my/bm/..~laman web rasmi baru Shaklee.

Sebab itu jangan pelik jika saya katakan saya makan lebih daripada 10 jenis supplement setiap hari. Sebelum bagi anda makan, baik juga jika saya sendiri cuba makan ye tak?

Sunday, 29 December 2013


Penawar Rambut Gugur Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bertanya seorang rakan yang liza kenali melalui satu seminar pelaburan tentang Set Rawatan Rambut gugur daripada Shaklee.
Bila kita dapati banyak sangat produk untuk atasi rambut gugur, sememangnya ia bukan masalah luar biasa, ramai orang hadapinya. Namun, produk yang mana satu yang sesuai? Ya, tak semua produk menjadi untuk semua orang, kerana masalah setiap orang berbeza-beza.
Penyebab keguguran rambut boleh jadi kerana tekanan (stress), atau pengambilan ubat-ubatan, kekurangan nutrien misalnya zat besi, zinc atau kuprum, atau simptom masalah tiroid atau penyakit auto-imun. Salah satu penyebab lagi adalah hormon. Kebanyakan ibu beranak kecil mula mendapati rambut gugur dengan banyak semasa anak menyembur air liur. Sebenarnya ia berkait dengan hormon androgen, kerana proses mengandung, bersalin dan menyusukan membabitkan banyak fungsi hormon.
Masalah keguguran rambut tidak semestinya berfaktorkan usia. Ramai orang terutama lelaki, dalam 30% dari mereka mengalami masalah ini semasa berusia 30 tahun.
Walau bagaimanapun, anda harus faham rambut kita mengalami 3 fasa –
anagen : fasa menumbuh;
catagen : fasa memanjang;
telogen : fasa berehat.
Rambut kita sentiasa ada rambut baru dan rambut yang gugur. Namun yang jadi masalah kalau rambut banyak sangat gugur, hingga ia tidak dapat menghambat kitaran anagen.
Jadi, bagi membantu anda yang bermasalah rambut gugur, beberapa produk dari Shaklee yang boleh anda cuba  :
- Zinc Complex (untuk rambut rosak, rapuh dan bercabang)
- B Complex (untuk masalah peredaran darah)
- Vitalea (untuk masalah kekurangan zat besi)
- ESP (untuk rambut rapuh dan bercabang)
- GLA Complex (untuk yang bermasalah hormon terutama ibu lepas bersalin)
Anda juga boleh mencuba syampu dan perapi Prosante serta Scalp Care Serum.



Semoga masalah keguguran rambut anda selesai dengan Shaklee!


 

0 ulasan:

Catat Ulasan