Rawat Penyakit Radang Sendi Arthritis dengan cara semulajadi
Penyakit Arthritis atau lebih dikenali radang sendi merupakan suatu
penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa
organ-organ lain. Kebarangkalian penghidap penyakit ini akan meningkat
pada usia 30 sehingga 50 tahun. Penyakit ini lebih berisiko untuk
menyerang wanita yang belum mengalami putus haid berbanding lelaki.
Arthritis terbahagi kepada 2 jenis iaitu rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.
Rheumatoid arthritis (RA) ialah keradangan yang berlaku apabila bendalir
sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia
tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. Minyak-minyak ikan atau herba
seperti Boswellia membantu penghidap RA.
Osteoarthritis (OA) pula terjadi akibat kemerosotan tulang rawan yang
menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel di antara satu sama
lain. Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.
Glukosamina ialah gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi
proteoglikan (molekul karbohidrat yang melekat pada protein).
Punca penyakit rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun,
diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun
semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul,
sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan
menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga
memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.
Gejala penyakit rheumatoid arthritis bermula dengan rasa letih, kaku,
sakit, dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid Arthritis
akan menyebabkan rasa-rasa tersebut bermula di tangan, atau kaki dan
juga akan mempengaruhi pergelangan tangan serta sendi di tangan. Selain
daripada siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki.
Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika
dengan lebih daripada 1 juta wanita. Walaupun ianya kerap menyerang
individu di usia pertengahan, RA juga boleh menyerang warga emas,
kanak-kanak-kanak dan belia.
Hubungi liza untuk maklumat lanjut.
norliza,
Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID : 1105185)
0177573421
erysliza@gmail.com
0 ulasan:
Catat Ulasan